Thursday, March 11, 2010

Result..? Good Luck!

Tahniah bagi yang berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang dalam SPM dan Final Exam...!!!

Sentiasalah berdoa agar kalian sentiasa berjaya
bukan sahaja di dunia.. malah akhirat jua...
Tahniah..tahniah...
Yang sudah berjaya...
jangan lupa perjalanan anda masih jauh..
masih banyak lagi perjuangan yang perlu ditempuhi..
Ramai yang berjaya time SPM..
setelah itu dia leka dengan kejayaannya..
kemudian terus jatuh prestasinya...
Semoga kalian tidak begitu...

Tapi yang kurang menyerlah...
Tahniah juga...
Ingatlah..SPM Bukan Segala-galanya..

Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya..
Yakinlah.. bahawa apa keputusan yang kalian dapat
itulah yang terbaik untuk kalian..
InsyaAllah.. Allah akan berikan kita yang terbaik..
atas apa yang kita usahakan..

Janganlah begitu kecewa andai kalian tidak berjaya
memperoleh banyak A..
kerana A bukanlah penentu masa depan..

lihatlah masa depan anda jika anda tidak berjaya..
pastikan kalian berjaya pada masa akan datang
setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Jika anda gagal harini..
adakah anda akan gagal pada hari-hari yang seterusnya..
Jika anda berjaya harini..
adakah anda akan berjaya pada hari-hari yang seterusnya...

Boleh jadi anda berjaya harini
tapi anda akan gagal kemudiannya..
dan boleh jadi juga anda gagal harini..
tapi anda berjaya kemudiannya...

Renung-renungkan...~

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [2:216]

1 comment:

Unknown said...

penyokong kegagalan.

Post a Comment