Monday, March 15, 2010

+Ratu Hatiku+


Ratuku...
Ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan..
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal..
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu...

Ratuku..
kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat
bunga yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku...
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku..

kerana apa yang aku lihat hari ni
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku..
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari
antara safa dan marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku..
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah..
bukan juga Rabiatul Adawiah wanita suci terpuji

kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa..
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku..
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku..
esok musim bunga pasti kan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang kuharapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu

jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbnag ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana kau ratu idaman hatiku

Ratuku...
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang ku harapkan

Aku yakin Ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan ku temui
Ratu yang benar-benar Ratu....

+Seindah Hiasan adalah wanita solehah+

2 comments:

Nurul Adibah bt Rahmat said...

indahnya lantunan suara hati itu.melambangkan keinginan pada redhaNya membina mahligai itu....semoga mendapatkan apa yang di inginkan menjadi idaman sang ratu solehah idaman mujahid..pilihlah yang beragama,maka beruntunglah kedua tanganmu...pembiasan hati gelodak jiwa selalu mendatangi...seemoga mendapat yang terbaik ya akhi....

Anonymous said...

When the dolly is on the desk, no players may place 우리카지노 bets, acquire bets, or remove any bets from the desk

Post a Comment