Thursday, March 4, 2010

_Istikharah membisikkan sesuatu+



Persoalan Lazim Remaja:

"Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?"

"lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?"

"Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak
saya dalam mimpi lepas buat istikarah. Macam mana tu?
Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?"

"Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti
nampak apa yang saya tak berkenan"

Apa itu Istikharah
?

Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik2nya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa.
Solat ini dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan. Contohnya, nak beli kereta Viva atau Myvi apabila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih kursus Undang2 sivil atau undang2 syariah, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah
dan musyawarah (berbincang).

Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tidak? Nak pakai jeans ke baju kurung? nak pergi dating atau belajar? dan sebagainya.

Istikharah menghapus unsur-unsur ramalan

Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib dukun, mantera dan meramal masa depan. Antaranya seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sebab sial burung atau mengundi dengan undian belahan-belahan kayu keras yang telah dihaluskan, meramal untuk mengetahui waktu yang sesuai memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata2 amalan kotor daripada
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya." (Surah Al-Ma'idah 5:90)

Sebagai pengganti kepada unsur2 ramalan itu, Allah s.w.t mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.

Galakan Istikharah


Ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.

Kata Jabir bin Abdullah: " Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sebagaimana Baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya:'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini..'
(Riwayat Al-bukhari)

Imam al-syawkani berkata dalam Nayl al-Autar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ' Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya. Manakala keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Petunjuk istikharah melalui mimpi?

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itu pun suatu petunjuk.

Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menyenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah s.w.t buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!.

Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!

Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223)

Sebaiknya jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Menunggu, Istikharah dan Usaha?

Ya,Wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

Berusaha menyediakan diri sebagai produk "Solehah" yang diidam-idamkan. Produk "Solehah" yang bermutu tinggi akan mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serhkanlah "kesediaan hati" untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

Berusaha mengawal diri supaya jangan bergedik-gedik, mudah menyerah dan mudah melayan, kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS,panggilan telefon, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.

Berkawanlah dengan rakan-rakan sama jantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dalam kalangan kenalan mereka, adik beradik atau saudara mara mereka dan sebagainya, yang soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, tetapi wasilah semata-mata.

Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana tindakan itu boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan "malu" anda di matanya.

Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memamang menyenangi agama dan akhlaknya, serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa. Jangan berdua-duaan dengan lelaki ajnabi kerana tindakan tersebut adalah dosa dan mengundang fitnah. Ingatlah bahawa dengan menggunakan orang tengah dapat menjauhi fitnah dan itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara sebaliknya. Pilihlah...


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

10 comments:

Unknown said...

eheheh.macam kenal je.haha.

Bashir IbnDzul said...

salaam,

mengape terbau nasi minyak..?

Hasif Al-Mujahid said...

acap: knal ke?? hhehehe..diam2 sudeh..:P

bashir: W'salam.. laa.. nape?? hehe.. anta bau kat mane tu.. :P

Bashir IbnDzul said...

tu ah, ana bau dari blog anta ni.. ehem.. bila lagi?

p/s - anta pergi tak futsal HALUAN - KARISMA 28hb mac nanti?

-sha- said...

ehem3..
nasi minyak combo satu ea hasif..:P

nasi minyak sedapbanyak + hadiah langkah bendul = nasi minyak combo.. huhu~

Hasif Al-Mujahid said...

bashir: huhu.. yeke? camne blog ana boleh bau ni.. ish3...

ana x pasti lagi pegi ke tak.. macam nak pegi.. tapi macam takde apa-apa hebahan selanjutnya pun?? emm..

KODA: adoyai... nasi minyak combo tu camne??
nasi minyak+ ayam mentah+ air paipsi??? huhuhu

Nurul Adibah bt Rahmat said...

na'am....teringat ana terhadap ustazah sewaktu ana berumur 16.saat itu ana b\mengenak istikharah.banayk hadiah dari ilahi berikan..........istikharah bukan itu sahaja,bahkan untuk mane yang mane 1 masuk dalam exam pun boleh.mohon petunjuk kehidupan sehari2.itu adalah kebahagiaan hati tanda kita bersyukur pada ilahi.nikmatnya terasa pada jiwa keimanan

Bashir IbnDzul said...

ana call AO aritu, inshaAllah akan ade hebahan lanjut. Nantikan lah. Kalau ade, jom set team! hehe ~

motivasiinsan.blogspot said...

aslmulaikum akhi..apa khabar..?
ai,, macam dah dekat je..?
hehe
doakan ana
www.motivasiinsan.blogspot.com

Alzheimer Disease said...

adibah: yups.. semoga sukses selalu insyaAllah..

bashir: bile hebahannya.. x nampak2 pun..huhu.. :)

motivasi insan: waalaikumussalam.. alhamdulillah.. ana sihat saja.. dekat ape?? hehe.. xdelah.. ana lm lg kot..

doakan anta? man anta? tulis lah name tu.. :)

Post a Comment