Thursday, February 4, 2010

TAK KENAL, macam mana nak CINTA...??



Cinta? untuk bercinta, kita perlu kenal. Kenal bukan bermaksud setakat
tahu nama. Tetapi, hendaklah tahu apa yang
Allah suka dan tak suka.
Ibarat cinta seseorang, kita akan ambil tahu apa kesukaan dan kebenciannya.
Jadi, kita akan buat apa yang dia suka dan tak buat apa yang dia tak suka.
Jadi, mengapa tidak kita mengenali Allah dan mencintaiNya
kerana Dia yang mencipta kita?

Adakah manusia yang kita cintai sanggup menunggu kita selama 24 jam
meskipun kita selalu melupakannya? :)

- INDAHNYA IBADAH DISERTAI ILMU_

Urwah ibnuz-Zubair mendapat ilmu yang asli daripada para sahabat
tanpa sebarang unsur-unsur yang kotor.
Suatu ketika, Urwah rahimahullah menyaksikan seorang lelaki
yang solat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak ihsan.
Dia menegur dengan pertanyaan yang mendidik dan mengingatkan.

"Wahai putra saudaraku, bukankah engkau mempunyai keperluan kepada Allah 'Azza Wa Jalla?
Demi Allah. Dalam solatku, aku memohon segala sesuatu kepada Allah
termasuk garam pun aku mohonkan."

Itulah orang yang soleh.
Apabila melakukan solat, mereka berehat daripada segala urusan dunia
dan memohon segala permintaan kepada Allah Yang Maha Pemurah.
Urwah menutup lembaran hidupnya dengan amal soleh.
Urwah wafat dalam keadaan berpuasa.
Sungguh untuk orang yang suci yang meraih kemuliaan.

Semoga Allah menjadikan kita mencapai tingkatan itu bersama
mereka dengan keluasan anugerah ihsanNya..Amiin...






"Dan tiada kehidupan di dunia ini selain daripada main-main
dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Maka, tidakkah kamu memahaminya?"
(Al-An'am: 32)


1 comment:

AmirSyafiq said...

*semakin memahami hakikat Allah itu maha penyayang*

manusia ada yang tak penyayang
ada jugak manusia yang penyayang
tapi diorg x Maha Penyayang...

*semakin memahami kenapa Allah menciptakan di bumi ini ada dua jantina*

http://sayapenulisbarubelajar.blogspot.com/2010/02/kemenangan-adalah-kepastian-maka.html

Post a Comment