Monday, February 1, 2010

..:: Kisah seorang Sahabat ::..

Assalamualaikum..

kaifahalukum?? apa khabar semua? kabare? harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera...

Juz Sekadar perkongsian buat semua...

Ana ade sedikit cerita....

Semalam ana ziarah sahabat ana yang sakit.. penyakitnya agak merbahaya…

Sedih ana melihat keadaan dia.. seorang sahabat yang begitu baik hati, peramah, rajin ke masjid dan aktif di dalam menyebarkan dakwah. Ditimpa penyakit seperti itu..


Tiba-tiba seorang sahabat ana berkata: “Mengapa agaknya Allah beri penyakit kepada orang baik macam tu ye?” Salah seorang sahabat ana menyampuk, “Itu namanya ujian dari Allah kepada tuan punya badan dan keluarganya” …. Malahan ia juga ujian untuk kita selaku sahabat seperjuangannya.


Specialnya Sahabat ana ni – dia cepat sungguh mesra dengan rakan-rakan. Walaupun dia tidak mengenali orang itu. Tapi dalam masa yang singkat – oleh kerana dia ni rajin ke masjid, dia beramal soleh, dia cepat disayangi oleh rakan- rakan sekeliling. Dia rajin menegur rakan-rakannya yang membuat kesalahan. Teguran yang penuh berhikmah menyebabkan dia disenangi oleh ramai orang.


Yang uniknya – walaupun sahabat ini pendiam– tapi dia boleh sahaja masuk dengan siapapun. Tak kira macam mana jenis pun orang dia boleh sahaja bawak bersembang, makan bersama, main bola bersama dan jalan bersama.


Ketika mana ana dan sahabat dalam kereta, tercetus satu persoalan dari salah seorang sahabat ana, “Mengapa agaknya, bila sahabat macam ni sakit (maksudnya orang kuat dlm dakwah, baik hati, soleh) – ramai orang ziarah – ramai orang do’akannya”. Ana pun mengambil peluang ceritakan begitulah kemanisannya berada dalam jemaah. Tidak sama hubungan kekeluargaan dan hubungan intim berada dalam dakwah. Tapi yang lebih manis jika keluarga kita itu juga adalah keluarga dakwah.


Agaknya – apa akan jadi kalau kita ni bukan dari kalangan da’ie, kalau kita bukan dalam golongan mereka yang soleh dan musleh – kalau sakit agaknya bagaimana sambutannya dari kalangan rakan-rakan kita …… tentu sekali tak sama. Masa di hospital ana tenung pesakit-pesakit yang lain – mungkin dalam kepala mereka tertanya– mengapa agaknya begitu special sahabat ana ini ….. kita semua tahu jawapannya kan?!


Wallahu a’lam


2 comments:

Bashir IbnDzul said...

salaam,

ape lagi akh, yang ikut gi ziarah tu, bleh ah anta 'cucuk jarum' sket.

pasni ajak dia sama2 dalam jamaah. =) (tapi ikut marhalah-marhalah dalam dakwah fardiah yea)

Anonymous said...

Mobile casinos 우리카지노 offer you the flexibleness of enjoying your favorite casino games on your smartphone or pill

Post a Comment