Sunday, January 17, 2010

+Diari Ukhuwwah+

Bismillahirrahmanirrahim...

Pelbagai perasaan melanda hati kami ketika dan saat ini...
Happy, Best, Seronok, Gembira, Release Tension, Hilangkan Stress, Kelakar, Suke..
Semuanya ada dalam diri kami...

Alhamdulillah... sangat bersyukur akhirnya berjaya menamatkan Rehlah di Pantai Bagan Lalang, Sepang... Walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang dihadapi... namun apa yang penting, semangat kami tidak luntur walau sedikitpun untuk terus pergi rehlah bersama-sama...

Perancangan yang tidak begitu rapi dan tidak begitu teratur menyebabkan kami hanya mampu mengajak 10 orang ikhwah sahaja untuk sama- sama join rehlah.. tapi kami tak perlukan kuantiti.. kami mementingkan kualiti yg ada...

Pada jam 8.00 malam seramai 10 orang ikhwah bertolak ke Pantai Bagan Lalang menaiki 3 buah kererta. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 30 minit menjadi 1 jam, kemungkinan ini berlaku kerana jalan jem dan jalan yang terlalu gelap. x sempat ambil gambar jalan tu.. huhu

Kami tiba ke destinasi pada jam 9.00 malam. Kami check in ke chalet yang telah kami 'book'(dengan izin).. bayangkan chalet yang sepatutnya hanya diduduki oleh 6 orang telah diduduki oleh kami seramai 10 orang. Alangkah terasa nikmatnya tidur bersama-sama. hehe.. Kemudian kami ke surau dan solat isyak bersama. Abg Mujahid dan Abg sani menemani kami.

Kami memulakan program pada jam 10.00 malam. Program seperti yang dirancang. Dimulakan dengan Taaruf dan Suai kenal kemudian makan malam dan ber 'BBQ' bersama.. Disusuli dengan cerita pengalaman masing2..

Malam beransur lewat.. Jam di tangan menunjukkan 12.30 pagi. Kami berhenti berprogram di pantai yang ketika itu sangat gelap.. hanya torch light di handphone dan cahaya bulan menerangi kami.. hehe.. Kami terus ke chalet kami dan membuat aktiviti masing2.. ada yang sambung borak dan ada yang tengok movie...

-------------- Gelombang Delta --------------------

5.00 pagi
Ana dan beberapa sahabat ana bangun untuk ke Nilai mengambil akhawat. Tapi sebelum ke Nilai, ana bergerak ke kajang untuk mengambil van. Kami tidak merancang untuk bawa van tapi akhirnya mungkin Allah nak memudahkan kerja kami. Kami dapat meminjam van dari seorang ikhwah yang baik hati.

6.30 pagi
Tiba di Kajang. Kami Solat subuh kemudian bergerak ke rumah ikhwah tersebut untuk mengambil van. Hampir 30 minit kami mencari rumah ikhwah tersebut kerana terlalu tersorok dan akhirnya berjumpa juga. Alhamdulillah.. Ujian Allah buat kami dan akhwat yang menunggu..

7.00 pagi
Kami bertolak dari kajang ke Nilai... Jem dalam perjalanan ke Nilai. Satu lagi ujian buat kami..
Agak stress kerana sudah janji dengan akhawat pukul 7. Tapi kami terlewat. Apakan daya.. kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan..

8.30 pagi
ALhamdulillah. kami tiba di Nilai. Ambil 3 orang akhwat di UIA kemudian terus ke rumah berdekatan dengan INTI College. Alhamdulillah.. 12 orang akhwat telah selamat menaiki van dan sebuah kereta. Kami memulakan perjalanan...

8.45 pagi
Dalam perjalanan ke Pantai Bagan Lalang... tiba- tiba kami ditahan polis kerana kami duduk 3 orang di seat depan van. Ya Allah, begitu berat ujianMu... kami diuji lagi.. ana berdiskusi sebentar dengan polis. Dalam hati ana dah berdebar-debar.. habis la kene tarik lesen aku ni... emm, setelah selesai 'press conference'..hehe, polis saman ana kerana tak tampal 'P' di hadapan dan belakang. pada asalnya polis tu nak saman ana sebab benarkan orang duduk 3 orang di depan. Tapi dgn 'ayat' ana yg power.. meng'ayat' polis tu baik punye!(saya student pak polisi, saya nak makan pun x ckup duit)..hehe. so, dia kasi diskaun. katanya murah skit kalo saman sebab tak tampal 'P'.. ana akur je lah.. kesalahan ana jugak...


Surat saman.. :(


9.00 pagi
Kami meneruskan perjalanan.. ana agak stress.. tapi buat-buat cool je...

9.30 pagi
Alhamdulillah... kami selamat tiba ke destinasi yang dinanti-nanti akhawat. PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG.

10.00 pagi
Kami memulakan sessi pembukaan majlis kemudian berpecah. akhawat buat hal sendiri, kami buat hal sendiri..

Ikhwah melakukan pelbagai aktiviti, antaranya game 'musang vs arnab', 'war game', 'Baling Selipar'...

12.30 tengah hari
Kami berhenti bermain dan berehat sebentar sementara menunggu solat zohor. kemudian solat zohor..


Sanggup berehat atas pasir.. penat sangat kot.. huhu

2.00 petang
Kami berkumpul semula untuk memulakan aktiviti seterusnya... aktiviti yang santai.. dengan hanya membuat bulatan/halaqah.. kami berjaya membuat pelbagai game.. sangat menarik dan best! rindu saat ini.. hehe... antara game yang kami main 'zus tang', ' bom 3', ' ikan masuk balang', 'cap kali cap', ' buaya biawak'... sangat2 menarik! sepanjang game sangat la happy!






3.30 petang
Kami berhenti dari ketawa.. dah penat ketawa.. hehe.. Sementara menunggu akhawat yang tengah seronok bermain game mereka.. kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sekitar pantai..

4.00 petang
Akhawat tiba. kami berkumpul... membuat resolusi.. kemudian penutup...






4.30 petang
Kami bertolak pulang... Alhamdulillah..

ALhamdulillah... selesai semuanya.. kami sangat gembira.. dan insyaAllah objektif kami tercapai. objektif untuk mengeratkan ukhuwwah dan memperkasakan usrah... insyaAllah... terima kasih buat semua yang terlibat mengendalikan program dan terlibat memeriahkan program...~ Wallahua'lam



Bergambar bersama.. indahnya ukhuwwah.. :)


7 comments:

+akufobia+ said...

tak ajakk.kaka.jom mandii.

Al-Mujahid said...

salam.. lorr.. nak ajak camne.. anta kt jb.. huhu..
xpe2.. nnt ana balik jb.. kte rehlah same2 k.. hehe.. lalala~

kahfi8 said...

salam,

mantop!!

Hasif Al-Mujahid said...

akhi basyir: w'salam... alhamdulillah... Allah memudahkan urusan kami.. :)

maryam muhammad said...

mantap!

maju cenfos nilai

maryam muhammad said...

cdgn, blh update kat blog k-uia nilai jugak kot

Al-Mujahid said...

ukhti maryam: alhamdulillah... insyaAllah.. CFS Nilai akan lebih maju..!

akan diupdate kat blog k-uia Nilai insyaAllah...

Post a Comment