Friday, October 15, 2010

Sahabatku.



Sahabat...
Terlalu sedih rasanya duduk membilang hari..
Dah hampir lima bulan kau pergi, rasanya baru semalam kita bertemu kan.
wajahmu sering terbayang di fikiranku...
Kau ingat tak..
Kau selalu ajak aku solat sekali, dengar tazkirah sekali.
Tiap-tiap hari kau ajak aku buat benda baik
Namun ada sahaja alasan yang aku bagi untuk tak join.
Namun ade sekali tu kau selalu cakap pasal kematian.
Emmmm...rupanya kau dah tau kau nak pergi jauh.....
nak tinggal kan aku dan sahabat lain...
nak tinggal kan dunia fana ni..
kau pun macam dah sedia.....


Seminggu sebelum tu.. aku selalu nampak kau sembahyang di rumah.
Biasanya kau akan ke surau atau masjid.
Tapi bila aku tanya, kenapa kau tak pergi surau.
Kau jawab, “aku tak larat”
Aku hairan, selalu kau cergas ke sana ke sini.
sampai satu masa, kawan sebilik lain kata. Biarlah dia..
Nanti dia sihat, dia pergi la surau.
aku sangat hairan
kau tak penah buat gitu.....
pastu kau tak selalu solat diri dah
Kau selalu solat duduk atau baring.
Bila aku tanya kenapa.
Kau jawab. “solat sunat kan boleh”
Tapi time tu muka kau lain je.
Macam orang tak bermaya.
Kadang-kadang aku nampak kau duduk sorang2.
Termenung. Aku hairan, kau tak pernah buat macam ni..
Rupanya kau selalu fikirkan tentang penyakit yang kau hidapi.
Kau sorok semua itu dari kamu.
Kenapa? Kau tak nak susahkan kami?
kadang-kadang kau selalu suruh aku teman kau pergi buat kerja amal sana sini.
Kau kata kau nak berbakti.
Aku semakin pelik dan hairan.
Rupanya kau nak berbakti sebelum kau tinggalkan kami..


satu hari.
Tengah asyik berbual.
Asyik ketawa-ketawa bersama kawan lain.
Tiba-tiba kau menyelah.
Kau tanya kat kitorang.
“kalau aku pergi dulu sebelum korang,
Korang masih ingat kat aku nanti?
kami ketawa, dan menganggap kau bergurau.
Tapi kau diam je.
kau pun ketawa perlahan.
Kau seperti tak sedar apa yang kau cakapkan.
Rupanya kau risau kawan-kawan kau tak ingat kat kau..
Kami tak pernah lupe kau..




Sahabat.....
Hari tu hari jumaat 10/10/2009 pukul 5 petang
Kau tiba2 sakit perut.....
bila malam tu aku baru pulang...kau dah dalam kesakitan.
kawan-kawan lain semua dah pujuk.....
kau tetap tak mau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran aku sahaja yang belum pujuk...
kau kata kau tak mau duduk dalam hospital.....
tapi aku berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk kau..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
kau tetap tak bersetuju...kau memang degil...
Tapi akhirnya bila melihat keadaan kau makin teruk....
kau sakit perut sampai nak sentuh perut kau pon sakit
kami semua sepakat hantar juga kau
ke hospital.....


Sahabat.....
ampunkan kami semua...
kami nak kau sihat...
kami sayang kau...
kami tak mau kau sakit...
kami terpaksa juga hantar kau ke hospital....
maafkan kami..


Sahabat....
Malam itu aku bawa kau ke hospital dan itu lah pertama
dan terakhir kali kau naik kereta baru aku...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya kau, aku kata nak
beli kereta....
kau asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kau selalu bergurau dengan kami.
Kau lah yang selalu ceriakan kami.
aku jawab pula...kalau tak cukup, kau kan banyak duit...
kau gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta aku sampai.....
Dan aku masih ingat lagi. Kau tak pernah sudi naik kereta aku
walaupun untuk ke kelas dan ke surau.
Kau kata kau suke jalan kaki dan tak nak susahkan aku.


Sahabat....
kau tak pernah susahkan kami..
Malah kau lah yang banyak membantu kami ketika kami susah.
Kau banyak belanja kami.
Kau banyak tolong kami..
Rasa sedih di hati bila kau dah tiada.


Sahabat....
Jam 3 pagi 19/10/2010
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut kau dengan kain
putih.....
kau mesti nampak mak kau jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti kau nampak abang kau cium dahi kau.....
Mesti kau nampak akak kau baca doa untuk kau....
Mesti kau nampak adik kau terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti kau nampak kami semua
Kau nampak semua tu. kann...kann..kannn
Kau tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5 pagi aku memandu dalam
keadaan separuh sedar...
Azmi kat sebelah diam melayan perasaan...
Kenangan bersama kau berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
air mata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu, aku rela...
Namun alhamdulillah akhirnya aku sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....


Sahabat.....
aku masih ingat lagi...
aku baca Al-Quran kat tepi kau, temankan kau...
Jam 11.00 pagi kau di mandi kan....
kawan-kawan kau yang pangku masa kau mandi....
tapi kami tak dapat nak mandikan kau.
Maafkan kami.
aku tak tahan.
Air mata lelakiku terus mencurah-curah.
Aku rindukan kau..
Pak cik yang mandikan kau tu pujuk aku.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang man, jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila pak cik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi aku kawal supaya tak menitik atas kau


Sahabat.....
Sampai takat ini surat ni aku tulis.....
aku nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
aku dengar nasyid tajuk "kau sahabat, kau teman"
aku sedih...aku rindu kat kau..!
Takpa la.....nanti bila aku selesai sembahyang subuh,
aku baca yassin untuk kau...
kau tunggu ya...!


Sahabat..
Sebelum muka kau di tutup buat selamanya....
Semua sahabat-sahabat mengelilingi kau...
menatap wajah kau buat kali terakhir....
Semua orang kata kau seolah2 senyum aja...
Kau rasa tak....masa tu aku sentuh dahi kau....
aku rasa sejukkkk sangat dahi kau....
aku tak sanggup nak lepaskan kau…
aku tuliskan kalimah tauhid kat dahi kau dengan air mawar...
Air mata aku tak boleh tahan....
Masa nak solatkan kau.
Aku minta izin ayah kau untuk jadi imam solat jenazah untuk
kau. Kau ingatkan??
tapi aku suruh tok imam bacakan doa sebab aku sebak....
Jam 12 tengahari kau diusung keluar dari rumah....
Akak kau pula dah terkulai dlm pelukan mak cik...
badan akak kau terasa panas...
akakk kau yang seorang tu demam....
kau tauu...cuma akak kau sorang saja yang tak mengiringi kau ke
tanah perkuburan...



Sahabat.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan kau lagi...
Begitu terasa kehilangan kau...
boleh kata setiap malam selepas maghrib sahabat kau ini berendam
air mata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas aku baca yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik aku keluarkan gambar2 kau
pastu apa lagi...
semakin aku tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
kau tauu...aku cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
sahabat kau yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu aku berdoa agar kau dicucuri oleh Allah.
Puas la kawan lain pujuk aku...
diorang kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk dia”..
nanti kalau gini ajer dia yang susah kat sana.."
Dan akhirnya diorang juga nangis.....
kau tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah Al-fatihah aku berikan...
aku terasa sunyi.
Dulu ade orang tiap-tiap hari kejut aku untuk qiam bersama
Sahur untuk puasa sunat.
Tapi sekarang semua itu telah tiada.
Dulu aku selalu degil, aku tak nak dengar nasihat kau.
Tapi sekarang aku rindu suara kau.
Aku rindu ketika kau ajak aku berbuat baik…
aku menyesal selalu tak dengar cakap kau…!


Sahabat....
cukup la sampai sini dulu....
kawan lain dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kite pergi sama-sama jalan kaki kan...
kali ni aku jalan kaki dengan kawan pulak...
diorang semua dah sedar.
Semua dah mula solat subuh di masjid....
Mula2 aku tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan lain bgtau...
simpan je buat kenangan..
aku cuma tau alamat ni aje...
Takper yer man...aku kasi orang lain baca...
aku stop dulu...sebab kawan lain dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk kau, UHIBBUKA FILLAH dan
jutaan terima kasih kerana banyak membantu aku...
memberi nasihat yang banyak.
Selalu ajak aku berbuat baik.
sampai ramai kawan lain pun ikut berbuat baik..
Sampai akhir hayat ini jasa kau tak akan mampu aku balas..
Sekian terima kasih.



- hargailah sahabat anda selagi anda berpeluang menghargainya.

No comments:

Post a Comment