Friday, June 25, 2010

Guruku.







Aku merenung jauh,
Di Balik jendela hitam,
Saat awan putih menitiskan air hujan ,
Saat itu angin bertiup kencang,
Meniup daun-daun hijau yang bertaburan.

Pandanganku terhadap sebuah sekolah di persimpangan,
Makin samar dek kerna hujan yang lebat.
Tika itu terkenang aku detik di sekolah dulu,
Aku yang kini berada jauh dari sekolahku,
Berada di Universiti seberang laut,
Mengimbas memori silam,
Yang hanya tinggal kenangan.

Aku terfikir sejenak,
Bermonolog sendirian,
Bagaimana aku berjaya ke universiti?
Dan siapakah yang membantu aku selama ini?

Ustaz dan Ustazah,
itulah jawapan bagi persoalanku.
Dialah pemberi paling setia
Dialah pendidik paling mulia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa dan berjaya
Dialah ummi dialah abi juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini kami Guru penyambung bicara
Jika hari ini kami Jurutera terkenal
Jika hari ini kami Usahawan muda berjaya
Jika hari ini kami Ulama’ yang mulia
Jika hari ini kami Peguam menang bicara
Jika hari ini kami Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang ustaz dah ustazah biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka pelajarnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Kg Sinaran Baru
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara dan agama.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Guruku…
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "ustaz dan ustazah" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

7 comments:

faareast said...

ustaz hasif...

Hasif Al-Mujahid said...

ustaz faaris ade tak? hehe :)

-sha- said...

rindu cekgumuallimahustazah..:D

Al-Mujahid said...

rindu ustzustzhpengetuagurubesarguruPK

+akufobia+ said...

boo ustaz.err.

habibah said...

sila bubuh butang 'more' please!!
(^^)

Al-Mujahid said...

Habibah: butang 'more'?? Nape pulak?? hmm..

Post a Comment