Tuesday, April 13, 2010

::Ku tinggalkan kenangan Semalam,untuk meniti Hari Ini::

Assalamualaikum..
sahabat-sahabat, rakan-rakan, teman-teman..
ku mulakan kalam hati dengan lafaz..
بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin ku selami hati-hati manusia..
namun tak ku daya..
Yang ku mampu hanya muhasabah diri ini..
mari berjalan, bermusafir.. mencari kebenaran..

__________________________________________________________________

Merenung sejenak aku di balik jendela biru..
sambil berfirkir.. muhasabah diri, refleksi diri..

Apa yang telah aku buat semalam???
Adakah semalamku dihabiskan dengan sempurna??
Adakah semalam yang aku lalui itu dalam keredhaanNya??

Masa berlalu dengan begitu pantas...
Pejam celik..
Tiba-tiba hari ini muncul..

Hari ini pula bagaimana...??
sudahkah kita bersedia hadapinya..
Adakah kita akan meniru hari semalam..
jika hari semalam kita lalui dengan penuh dosa dan noda..

Semoga harini lebih baik dari semalam..
dan hari esok lebih baik dari harini..

Tinggalkan kenangan semalam..
untuk meniti hari ini... :)

Tazkirah : [Al-Hujurat : 11-12]
[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani..

No comments:

Post a Comment