Friday, January 8, 2010

+BilA Nyawa DiAmbil Allah...+

Bila DikAtakan Tentang Mati... Pastinya ramai yang akan merasa takut.. takut untuk berhadapan dengan kematian? atau takut kurangnya persediaan untuk menghadapi kematian? ramai yang tidak mahu fikirkan tentang mati... kerana takut.. sedangkan hadis Rasulullah ada mengatakan 'orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati MATI'

Mari sama-sama kita muhasabah diri kita.. Fikir kembali apakah kita berada di zon selamat untuk bertemu dengan yang Maha Esa?... ADakah kita ini akan diterima oleh Rasulullah sebagai ummatnya? adakah Allah akan mengambil nyawa kita ketika kita dalam keadaan yang beriman ataupun sebaliknya... fikir-fikirkan sahabatku...

Bila kita disuruh melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. adakah kita mengikutinya? adakah kita menjalankannya dengan baik.

Bila kurangnya kita beramal dan banyaknya dosa kita.. adakah kita rasa diri kita akan diterima oleh Allah?

Refleksi diri, adakah kita mati dalam keadaan husnul khatimah ataupun suul khatimah...penyudahan yang baik atau penyudahan yang buruk??

Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda:

" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

Maka salah seorang bertanya:

" Apakah kerana kami sedikit ketika itu?"

Nabi S.A.W menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir."

"Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam
hati kamu penyakit 'wahan'."

Seorang sahabat bertanya:

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?."

Nabi lalu menjawab:

"Cinta pada dunia dan takut pada mati."

Hadis riwayat Abu Daud


Ya Allah, matikanlah hamba-hambaMu ini dalam keadaan yang baik...~

SAhabatku... Allah masih membuka peluang untuk sama-sama kita bertaubat kepadaNya. Allah sukakan orang yang bertaubat... Allah MAHA penyayang. Dialah tempat kita bergantung....

untuk renungan bersama...

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment