Sunday, April 10, 2011

Hargai Kehadiran Seseorang Dalam Hidup Kita, Redha Dengan Takdirnya =)

Lamanya tak post. This is my 1st post for the year 2011. wah~


Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu) =)

_______________________________________________________________

Watak Utama:

Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan, kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik & manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

________________________________________________________________

Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga. Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.

Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.

Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu, beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda.

______________________________________________________________

Dipendekkan cerita..

___________________

Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji. Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah.

____________________________

Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq. Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai yang meminatinya.

Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim.

Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah. Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu kepada Faruq.

___________________________________________

Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :

________________________________________________________________

“ Assalamualaikum...

Akhi Faruq yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah..

Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk menjadi suami ana.

Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.

Azzah.

_____________________________________________________

Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini.

Faruq terus menuju ke Rumah Ust Irfan. Faruq berkata kepada Ustaz Irfan : "Maaf ustaz, ana masih tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. ana rasa diri ana belum sesuai untuk berkahwin. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana. Semoga Allah merahmati Azzah atas niat baiknya itu. Katakan pada Azzah, masih ramai lagi ikhwah yang baik yang sudi menerima Azzah. Tolong sampaikan ini pada Azzah ye Ust"

Ust Irfan tidak boleh berkata-kata apa-apa. Ini keputusan Faruq. Ini adalah haq Faruq.

____________________________________________________________

Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq.

Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya. Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq.

Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya.

Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.

Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya.

______________________________________________________________

Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.

Final Exam mula menghampiri.

Entah kenapa, suatu hari sedang mengulang kaji pelajarannya. Faruq mula teringat akan pinangan dan lamaran Azzah. Faruq seperti inginkannya kembali. Mungkin kerana kali ini beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lantas beliau menelefon Ust Irfan memberitahu tentang hasratnya untuk menerima Azzah dalam hidupnya.

Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq.

Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu tentang keputusan Faruq.

Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya.

Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.

___________________________________________________________

Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.

Ketika musim Final Exam, Faruq mula merasa lemah dan malas untuk meneruskan kerja dakwahnya. Faruq seringkali lalai daripada ibadahnya. kadang-kadang beliau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah untuknya dan untuk dakwah. Beliau leka dengan menonton bola setiap kali ada 'game' bola yang ditayangkan di TV. Beliau tidak pernah 'miss' tengok 'game' bola walaupun sehingga ke subuh. Selalunya, pada waktu begitu beliau akan membaca buku di waktu malam dan melakukan Qiamullail. Beliau berubah menjadi orang yang leka, lalai dan lemah. Beliau tidak mengulang kaji pelajarannya walaupun Final Exam sudah bermula.

Namun ikhwah lain selalu memberikan semangat kepada beliau kerana tidak ingin beliau leka sebegitu. walau apapun yang Faruq buat, ikhwah lain bersangka baik dan masih menghormati Faruq dan masih menganggap Faruq hebat dalam dakwahnya dan ilmunya.

_____________________________________________________________

Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.

Saat itu Faruq mula sedar, mungkin kerana beliau meninggalkan dakwah dan mengabaikan pelajarannya. Beliau gagal dalam pelajarannya. Beliau leka dengan Allah dan Allah menimpakan balasan terhadap kelekaannya.

Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. =)

Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia sebaiknya.

Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)

Redhalah dengan Takdir Allah =)

_________________________________________________________________

Tamat.

Penulis yang kerdil. =)

_____________________

Cerita benar. Kisah benar.

Diubah suai sedikit.


From : Facebook Cinta Selepas Nikah

Saturday, December 25, 2010

Aku Merinduimu.


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Aku Merinduimu : Devotees

Tuesday, December 21, 2010

Johor kata pergi, Gombak kata mari..


Sahabat.
Bermulalah sem baruku pada 13 Disember 2010.
Jihad ku bermula.

Bermulah sem baru, kehidupan baru,
perjuangan baru, semangat baru, niat yang baru, azzam yang baru.
Hasif yang sentiasa memperbaharui. insyaAllah. :)

Doakan kejayaan bersama.
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar.

Ya Allah, tetapkanlah pada agamMu.
Semoga aku sentiasa tabah menghadapi dugaanMu.

Busy? Busy dunia? busy akhirat?
:)
Mungkin busy dengan perkara dunia yang membawa ke akhirat.
Assignment? Quiz? Test? Study?
oh, dunia ini hanya sementara. :)

Ayuh sama-sama memperkuatkan diri masing-masing
dengan membuat sebanyak-banyaknya amalan.
semoga segala amalan kita diterima.

Semoga kita mencapai kejayaan.

InsyaAllah. :)

Thursday, October 28, 2010

Hatiku Milik Siapa?






Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan.. Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atassebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebab nya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk

mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.



Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, October 19, 2010

SIFAT-SIFAT DA'IE KE JALAN ALLAH


SIFAT-SIFAT DA'IE KE JALAN ALLAH


Da'ie perlu memulai amal dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri da'ie ialah:

1. Kuat tubuh badan
- Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat
- Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
- Pesanan ustaz Hassan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.

2. Akhlak yang mantap
- Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
- Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan da'ie iaitu sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3. Fikiran yang berpengetahun
- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
- Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
- Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
- Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha
- Walaupun kaya, perlu bekerja.
- Tidak terlau mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Aqidah yang sejahtera
- Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.
- Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.


6. Ibadah yang betul
- Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu
- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.
- Da'ie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
- "Aku adalah makhluk baru", menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusan dalam urusan
- Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Da'ie perlu kepada jadual harian yang tersusun.
- Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.
- Melakukan urusan mengikut keutamaan.
- Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain
- Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Da'ie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada da'i.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Da'ie berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


KEWAJIPAN SETIAP PARA DA'I
Baca, Amal dan Faham

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

2. Hendaklah kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang dengan membaca kitab 'Hummatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Jangan sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas dasar kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan. Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat mencapainya.

11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.

12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan kebaikan.

13. Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan pengampun dan berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.

14. Mampu membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah risalah-risalah, akhbar dan majalah 'kita'. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus. Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak fikrah kita.

15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.

16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.

17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.

18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan dan tidak sekali menangguh-nangguh.

19. Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan diperolehi.

20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.


21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.

22. Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.

23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.

24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat Islam dan mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah Rasulullah s.a.w.

25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah kita.

26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam setiap keadaan.

27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.

28. Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid sekadar kemampuan kamu.

29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan haji.

30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.

31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar, melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.

32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.

33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.

34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.

35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.

36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.

37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.

38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatan yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang sentiasa bersedia menunggu arahan.

Muhasabah diri kita. Adakah kita mempunyai sifat-sifat ini? Adakah benar kita seorang da'ie yang menjalankan kewajipannya?